29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pasaran saham lain prestasi naik, Bursa Malaysia antara tercorot

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hairan melihat prestasi Bursa Malaysia yang masih kurang memberangsangkan berbanding pasaran-pasaran saham lain di dunia.

Beliau menjelaskan, sejak permulaan tahun ini, rata-rata pasaran saham dunia sering mencatat tahap paling tinggi dalam sejarah.

Perkembangan menggalakkan itu berlaku susulan pengedaran vaksin COVID-19 dan kemenangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

“Tapi Bursa Malaysia sahaja yang tidak menunjukkan prestasi yang sama sejak bulan lepas (tengok graf) di mana lain-lain pasaran dalam dunia naik ke paras tertinggi tetapi kita turun.

“Baik dari segi prestasi permulaan tahun 2021 hingga kini (year to date) atau untuk prestasi sejak 5 lahun lepas, Bursa Malaysia antara bilangan sangat kecil dalam dunia yang mencatat kemerosotan manakala yang lain semakin naik ke paras paling tinggi dalam sejarah.

“Kita merah manakala lain dalam dunia hijau,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

pasaran saham
Gambar hiasan: Facebook Najib Razak

Malah, kata Ahli Parlimen Pekan itu, Bursa Malaysia masih antara paling corot dalam dunia untuk tahun 2021 setakat ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat.

Advertisements

Menurut beliau, indeks Bursa Malaysia masih 300 mata di bawah paras tertinggi dalam sejarah yang dicatat pada bulan April 2018 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) walaupun pasaran-pasaran saham lain dalam dunia satu persatu mencatatkan paras paling tertinggi dalam sejarah masing-masing.

“Selepas PRU-14, pelabur asing telah menarik keluar dana sekitar RM50 bilion daripada pasaran saham Malaysia.

“Tahun lepas sahaja, hampir RM25 bilion ditarik keluar dari pasaran kita oleh pelabur asing – iaitu aliran keluar dana asing paling tinggi dalam ASEAN,” jelasnya.

Pada masa yang sama, kata Najib, negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia menerima aliran masuk dana asing.

Harap pakar-pakar ekonomi dalam kerajaan dapat menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Bossku itu.

Pelik juga bila ekonomi negara-negara lain termasuk Indonesia sudah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan sedangkan Malaysia masih lagi terkial-kial untuk keluar dari krisis kelembapan ekonomi.

Hendak kata pemimpin kerajaan tak buat kerja kerana aktif berpolitik pun tidak boleh juga, sebab mereka kelihatan begitu rajin sekali menangani masalah rakyat. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan