29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Nurseri Gaza sumber rezeki keluarga Ramy dan Hanin

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

GAZA – Sejak beberapa tahun lalu, pasangan suami isteri, Ramy Al-Barim dan Hanin Abu Salah mengusahakan nurseri yang menjadi sumber pendapatan utama mereka sekeluarga.

Tapak semaian itu terletak di pekan Bani Suhaila, di timur Khan Yunis, selatan Gaza.

Sebelum mereka mengusahakan perniagaan tersebut, Ramy, 38, dan Hanin, 26, bekerja di sebuah nurseri dan menjual bunga serta tanaman hiasan untuk rumah dan taman.

Kini, mereka memberi tumpuan sepenuhnya terhadap nurseri milik sendiri dan berusaha memastikan kelangsungannya.

Pada awal pagi, Ramy dan Hani mengejutkan anak-anak mereka dari tidur sebelum pergi ke nurseri dengan menaiki ‘tok tok’.

Mereka membawa makanan bersama dan berada di sana sepanjang hari.

Sebaik sahaja tiba di sana, Hanin mula membantu suaminya dengan melakukan pelbagai tugasan di nurseri seperti menyemai anak benih dan menyiramnya dengan air.

Dia semakin mahir melakukan semua tugasan tersebut.

Antara tanaman yang di bawah jagaan Hanin adalah bunga, pokok sitrus, pokok buah-buahan dan tanaman hiasan.

Tugas Ramy pula adalah mengangkut bunga-bunga termasuk ros dan anak benih menggunakan tok tok dan menjual kesemuanya di pasar-pasar di Gaza serta di kampung-kampung dan pekan-pekan lain.

Setelah berpuas hati dengan hasil jualannya pada hari yang berkenaan, barulah Rami pulang semula ke nurserinya.

Rami memberitahu Palestinian Information Center bahawa dia memulakan perniagaan nurseri itu selepas perang 2014.

“Saya bergantung kepada ahli-ahli keluarga untuk membantu mengusahakannya,” jelasnya.

nurseri
Pelbagai tanaman dan bunga disemai di tapak semaian milik Ramy dan Hanin untuk dijual di sekitar Gaza. Gambar: Palestinian Information Center

Tapak semaian milik Ramy dan Hanin berkeluasan kira-kira 2,500 meter persegi.

Advertisements

Hanin memberitahu, mereka menghadapi beberapa cabaran ketika mengusahakan nurseri itu.

Masalah yang paling besar adalah kekurangan bekalan air.

Di sebalik kesukaran yang dialami, pendapatan yang diperoleh mereka adalah memuaskan, lebih-lebih lagi dalam situasi masalah ekonomi di Gaza.

Hasil jualan yang diterima membantu mereka memenuhi keperluan hidup sekeluarga.

Modal untuk mengembangkan perniagaan diperoleh melalui wang hasil jualan barangan kemas milik Hanin.

nurseri
Hanin sanggup berkorban menjual barangan kemasnya untuk membuka tapak semaian baharu setelah yang lama dimusnahkan kereta kebal rejim Zionis Istael. Gambar: Palestininian Information Center

Dengan wang tersebut, mereka dapat menambah keluasan nurseri supaya lebih banyak jenis bunga dan anak benih dapat ditanam.

“Apabila perang meletus pada 2014, kereta-kereta kebal rejim Zionis Israel memusnahkan nurseri kami.

“Malangnya jumlah pampasan yang kami terima akibat kemusnahan tersebut adalah sangat kecil.

“Kami menyewa tanah lain dan mengusahakan nurseri yang ada sekarang,” kata Hanin.

Dia menyimpan impian untuk memiliki sebuah nurseri besar yang boleh memuatkan beratus-ratus pokok dan anak benih.

Salah satu daripada perancangan Hanin adalah membina sebuah rumah hijau yang besar dan moden.

Semoga impian itu menjadi kenyataan dan Palestin kembali menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka.

Sumber: Palestinian Information Center

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan