26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

M2DCoin skim pelaburan kripto berunsur penipuan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak terperdaya dengan kegiatan pelaburan saham matawang kripto M2DCoin yang didakwa berunsur penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kegiatan pelaburan tersebut.

Menurut beliau, pelabur dijanjikan keuntungan yang tinggi setelah membuat pembayaran melalui orang tengah yang dilantik untuk menguruskan pelaburan tersebut.

“Siasatan awal mendapati, pelaburan ini mula beroperasi sekitar pertengahan tahun 2020.

“Pelabur akan dihubungi melalui aplikasi WhatsApp dan ditawarkan untuk menyertai pelaburan.

“Pelabur yang berminat kemudiannya akan diberikan kemudahan untuk mengakses platform M2DCoin bagi memudahkan mereka membuat pelaburan,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Zainuddin menambah, siasatan turut mendedahkan bahawa platform M2DCoin adalah laman sesawang pertukaran digital luar negara yang menggunakan hos di Arizona, Amerika Syarikat (AS).

Beliau memberitahu, laman tersebut baru beroperasi selama sembilan bulan dan tidak mempunyai lesen untuk menjalankan operasi matawang kripto dari mana-mana negara.

Baca juga:   Polis tahan wanita dera anak kandung hingga mati

Jelas Zainuddin, kini, laman sesawang berkenaan tidak lagi dapat diakses.

“Setakat ini, hanya satu laporan polis yang diterma berkaitan kes pelaburan M2DCoin ini.

“Pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat atau telah melabur dalam skim pelaburan ini untuk membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran agar siasatan lanjut dapat dijalankan,” ujarnya.

Baca juga:   MARA salur RM70 juta pinjaman buat usahawan automatif

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak terlibat dengan kegiatan pelaburan sedemikian.

Zainuddin berkata, orang ramai hendaklah mendapatkan maklumat yang secukupnya daripada agensi kerajaan yang berkaitan seperti PDRM dan Suruhanjaya Sekuriti sebelum mengambil keputusan menyertai mana-mana skim pelaburan.

Butiran lanjut seperti nilai kerugian yang dialami oleh mangsa yang membuat laporan polis itu tidak dinyatakan secara terperinci.

Orang ramai sewajarnya bersikap lebih berhati-hati apabila ditawarkan untuk menyertai skim pelaburan khususnya yang beroperasi secara dalam talian.

Elakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan yang semakin agresif menjalankan kegiatan mereka sejak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Lukaku ledak Hatrik benam Sweden 3-0

BELGIUM memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan bergaya menewaskan Sweden 3-0 menerusi jaringan hatrik Romelu Lukaku dalam perlawanan pagi...

Lagi Artikel Berkaitan