24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 19, 2021

Biar betul! Persatuan dukun Indonesia mahu anjur pesta santet

Mesti Baca

JAKARTA – Bunyinya memang pelik tetapi ia benar. Dukun-dukun di Banyuwangi, Timur Jawa merancang untuk menganjurkan pesta santet.

Bagi yang kurang faham, santet itu maknanya penggunaan ilmu hitam yang menyasarkan orang lain dari jarak jauh.

Misalnya, seseorang yang berdendam terhadap individu lain akan mengupah dukun, pawang, bomoh dan pengamal ilmu hitam yang sewaktu dengannya untuk mengenakan santet terhadap musuhnya itu.

Lebih menggerunkan, pesta santet itu dianjurkan sempena kejayaan dukun-dukun dan ahli-ahli psikik Indonesia menubuhkan Persatuan Dukun Nusantara (Perdunu) secara rasmi.

Jangan main-main, dukun-dukun pun boleh daftar persatuan di Indonesia.

Pengerusi Perdunu, Abdul Fatah Hasan berkata, terdapat pelbagai jenis santet akan dipertunjukkan dalam pesta yang bakal julung-julung kali diadakan itu.

“Akan ada pengenalan untuk mengetahui jika seseorang terkena ilmu hitam atau sihir.

“Kamu juga akan memperkenalkan destinasi-destinasi mistik sekitar Banyuwangi, ada beberapa lokasi yang telah dicadangkan, kalau saya tidak silap, Alas Purwo, Rowo Bayu dan Antaboga,” jelasnya.

Baca juga:   COVID-19 Indonesia semakin buruk, 40,000 kes dilaporkan

Berbalik kepada penubuhan Perdunu, satu majlis rasmi telah diadakan di sebuah kampung di daerah Songgon pada 3 Februari lalu.

Motto mereka adalah meningkatkan keyakinan masyarakat kepada dukun-dukun yang sah supaya mereka tidak ditipu oleh dukun-dukun palsu.

Perkara ini sememangnya serius kerana pernah berlaku kes-kes penipuan dalam bidang perdukunan di Indonesia.

Setakat ini, berpuluh-puluh dukun yang mempunyai kepakaran berbeza telah menyertai Perdunu.

Baca juga:   Ceroboh perairan Malaysia, tiga bot nelayan Indonesia diusir

Selain pesta santet, mereka juga telah merancang pelbagai program lain termasuk rawatan percuma yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

Entah apa agaknya yang mereka fikirkan sehingga sanggup menubuhkan persatuan khusus untuk dukun-dukun.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya menjauhkan diri daripada perbuatan sihir seperti santet yang berunsur syirik.

Islam menegah umatnya daripada menganiaya dan menzalimi orang lain dengan perbuatan sihir seperti santet, santau atau tuju-tuju.

Sepatutnya amalan khurafat sedemikian dibuang jauh-jauh dan tidak lagi diamalkan dalam dunia moden yang semakin canggih ini.

Bangsa lain semakin ke hadapan dengan teknologi canggih sedangkan mereka masih lagi terperangkap dalam dunia mistik.

Hanya kepada Allah SWT tempat kita berlindung dan meminta pertolongan. – EDISI 9

Baca juga:   Kelar leher ibu bapa hasrat merantau tidak direstui

Terkini

Persatuan veteran komando terima sumbangan van jenazah

SUNGAI PETANI - Hasrat Persatuan Veteran Komando Markas 6 Briged, Kem Sungai Layar, di sini untuk memiliki van jenazah...

Lagi Artikel Berkaitan