25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 18, 2021

Amboi, muda trang tang tang suami Intan Ladyana

Must Read

PELAKON Intan Ladyana sah menjadi isteri penyanyi dan pengacara, Harris Alif selepas pasangan itu diijabkabulkan dalam satu majlis di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur, hari ini.

Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, 22, berkata, dia bersyukur majlis pernikahannya dengan wanita pilihan berjalan lancar walaupun terpaksa diawalkan sehari daripada perancangan mereka.

“Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur kerana dah selesai nikah walaupun umum kita tahu sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) susah nak buat majlis,” ujar Harris lega dalam satu sesi sedang media secara virtual usai majlis berlangsung.

Pasangan yang berbeza usia 17 tahun itu dinikahkan oleh Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.

Turut hadir dan menyaksikan penyatuan Harris dan Intan adalah Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.

Harris menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang, pada majlis itu manakala mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Ditanya mengenai bulan madu, bagaimanapun kedua mempelai itu pasrah dan akur dengan situasi kini.

“Perasaan tentunya terasa sikit namun kena biasakan dengan norma baharu ini. Bila keadaan kembali seperti sedia kala barulah rancang untuk pergi, jadi buat masa ini duduk sahajalah di rumah,” kata Harris.

Sementara itu Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 38, pula berkata, biarpun tidak menempuh majlis idaman seperti diinginkan ketika ini, dia reda asalkan mereka selesai menjalani perkara wajib terlebih dulu.

Katanya, buat masa ini, mereka juga perlu menangguhkan tiga majlis resepsi mengikut situasi semasa Covid-19 dan PKP.

“Dengan penularan meningkat Covid-19, nak rancang macam-macam pun susah, tapi tak mengapa, kami buat yang wajib dan penting dulu. Resepsi ditangguhkan hingga kerajaan umumkan perkembangan terbaru berhubung PKP,” katanya. – Edisi 9

Latest News

Korea Utara tarik diri: Malaysia rayu FIFA adil buat ketetapan

CYBERJAYA - Malaysia menghantar surat rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung penarikan diri Korea Utara daripada kelayakan...

More Articles Like This