25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhd Zamry kini pemegang saham terbesar Richiamo Coffee

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Muhd Zamry Abu Samah kini menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat Richiamo Coffee Sdn. Bhd. selepas dua lagi pemiliknya melepaskan pegangan mereka.

Muhd Zamry kini menguasai 80 peratus kepentingan dalam rangkaian kedai kopi premium itu selepas mengambil alih saham yang yang dilepaskan oleh Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau Raja Ilya dan Zulkiflee Yusof.

“Raja Ilya dan Zulkifli secara sukarela melepaskan pegangan masing-masing iaitu 20 peratus setiap seorang dan berikutan itu, Muhd Zamry telah menawarkan untuk membeli saham-saham tersebut dari mereka berdua,” kata kenyataan Richiamo Coffee hari ini.

Bagaimanapun nilai pembelian semula saham kedua-dua mereka itu tidak didedahkan dan perletakan jawatan tersebut berkuatkuasa mulai 31 Januari lalu

Richiamo Coffee yang ditubuhkan pada 2015 merupakan jenama rangkaian kedai kopi premium dan kini telah mempunyai 30 cawangan di seluruh negara dan bakal membuka tujuh lagi cawangan sehingga akhir Februari nanti.

Muhd Zamry sebelum ini merupakan pemain di dalam industri permotoran dan memilik pengalaman lebih 30 tahun di dalam industri tersebut.

Advertisements

Dengan pengalaman dalam pemasaran dan jualan, beliau melihat industri makanan dan minuman yang diterokai sejak 2015 memiliki prospek yang cerah untuk berkembang di dalam dan luar negara.

Beliau ketika ini menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn Bhd.

Richiamo Coffee berkata, tiada sebarang perubahan di dalam struktur pentadbiran syarikat walaupun kedua-dua pemegang saham itu melepaskan pegangan masing-masing.

Operasi masih berjalan seperti biasa dan ia tidak menganggu sebarang urusan dengan pelbagai pihak sama ada para pelanggan, pihak pembekal dan juga syarikat kewangan.

“Syarikat ingin mengucapkan terima kasih kepada Raja Ilya dan Zulkiflee di atas sumbangan mereka selama lima tahun kebelakangan ini bagi membangunkan jenama Richiamo Coffee sehingga ke tahap sekarang dan menjadi sebutan serta dikenali ramai,” kata Richiamio Coffee. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan