Wednesday, July 22, 2026

Anifah dilantik pengerusi Perbadanan Labuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS menteri luar Senator Anifah Aman dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.

LC dalam kenyataan berkata, pelantikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu susulan kekosongan jawatan berkenaan sejak pertengahan tahun lalu.

Ketua PKR Labuan merangkap Setiausaha PKR Sabah Simsudin Sidek akan bergandingan dengan Anifah dalam barisan baharu sebagai timbalan pengerusi.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Rosida Jaafar, mengekalkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah LC hingga 6 Okt 2025.

Ahli perniagaan Liew Shan Wen juga dilantik seorang daripada ahli lembaga LC.

Timbalan Ketua UMNO Labuan Bashir Alias dilantik sebagai pengerusi Majlis Penasihat LC dan Ketua Wanita UMNO Labuan Niswati Tarji seorang daripada ahli majlis itu.

Baki empat jawatan ahli majlis itu masih belum diumumkan.

Jawatan timbalan pengerusi majlis dibatalkan bagi penggal 2023-2025 ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan