27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

8 nelayan Vietnam ditahan, rampasan RM1.5 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan asing dari Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu kerana dikesan menceroboh perairan negara pada kedudukan 60 batu nautika dari muara Pulau Redang, kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd. Majid berkata, menerusi
operasi Op Kuda Laut dan Op Naga Barat itu pihaknya menahan lapan kru termasuk seorang tekong dengan hasil rampasan bernilai hampir RM1.5 juta.

“Bot bersama semua kru berusia antara 23 hingga 55 tahun itu dibawa ke jeti Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.

“Kesemua mereka ditahan bersama hasil tangkapan, bot dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Kata beliau, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya terdapat nelayan asing yang menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut tanpa kebenaran.

“Kita akan meningkatkan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim.

“Sebarang maklumat berkaitan salah laku yang berlaku di perairan negara boleh disalurkan ke talian MERS 999 atau 09-6224357 (Pusat Operasi) Maritim Negeri Terengganu,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan