32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 24, 2021

‘Saya tahu tidak cukup, tetapi saya cuba bantu’

Mesti Baca

MASJID TANAH – “Saya tahu tidak cukup, tetapi saya cuba untuk membantu,” kata Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berhubung pemberian 100 tablet untuk anak-anak Masjid Tanah.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, beliau menyedari ramai kalangan anak-anak di Parlimen itu tidak mempunyai kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Anak-anak ketinggalan kerana tidak ada telefon pintar untuk PdPR, dan ketidakkemampuan waris hendak menyediakan peranti sebab 90 peratus adalah dari kumpulan B40.

“Kasihan anak-anak kadang-kadang berebut telefon pintar dengan adik beradik,” katanya di sini hari ini.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah telah menyediakan 100 bua tablet bersama kas SIM secara percuma untuk diberikan kepada pelajar sekolah yang benar-benar memerlukan.

Baca juga:   Kalau ahli politik terus degil, rakyat terus susah

Katanya, mereka yang memenuhi syarat diminta untuk mengisi borang yang disediakan dan proses pemilihan akan dibuat sebelum penerima dihubugi oleh Pejabat Khidmat Rakyat Masjid Tanah.

Permohonan dibuka mulai hari ini sehingga 12 Februari 2021.

Beliau berkata, tahun lalu pihaknya menyediakan 55 buah komputer riba untuk keperluan anak-anak Masjid Tanah.

“Kepada yang menerimanya, harap gunalah hadiah ini dengan sebaiknya. Belajar dengan tekun, dengar nasihat ibu bapa dan juga guru.

Baca juga:   Najib dedah sebab sebenar Tun M letak jawatan PM-7

“Jaga pemberian ini dengan penuh tanggungjawab kerana di luar sana masih ramai lagi yang kurang bernasib baik dan mereka juga memerlukannya,” kata beliau. – Edisi 9

Terkini

Kes rasuah RM1.25 bilion: Rosmah gagal gugurkan Sri Ram

CYBERJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor hari ini gagal menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan...

Lagi Artikel Berkaitan