32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Bosannya, apa yang sebenarnya Muhyiddin cuba sampaikan?

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh: WAK TOTOK

SEJAK malam ambang Hari Wilayah Persekutuan lagi, Wak dalam kebingungan. Puncanya perutusan yang disampaikan PM kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Puas sudah Wak belek-belek ucapan dia tapi tak dapat tangkap apa motif Muhyiddin buat perutusan itu.

Tak ada benda yang gempak pun selain umum beri beras percuma kepada golongan B40 seluruh Wilayah Persekutuan.

Memang baguslah tolong orang susah tapi kalau setakat mahu umum beri beras, Menteri Wilayah Persekutuan pun boleh.

Kalau Perdana Menteri yang buat pengumuman, sudah tentu rakyat mengharapkan sesuatu yang besar.

Kalau tak dapat beri beras kepada seluruh rakyat, beri kepada semua rakyat yang B40 pun jadilah.

Takkanlah B40 di Wilayah Persekutuan sahaja yang dapat beras sedangkan di negeri-negeri lain setakat jadi tukang tengok.

Eloklah berlaku adil kepada semua, biarlah sama-sama merasa.

Empat hari kemudian pada 4 Februari, PM Abah muncul lagi sampaikan penjelasan tentang Ordinan Darurat pulak.

Sekali lagi, rakyat pakat tengok siaran langsung ramai-ramai. Manalah tau kalau ada pengumuman besar.

Selepas habis ucapan, ramai jugak yang terpinga-pinga sebab tak tahu apa sebenarnya yang ingin Muhyiddin sampaikan.

Baca juga:   Pejabat PM nafi keluar kenyataan media PKP dalam BI

Banyak benda pasal Darurat orang dah lama tau. Kalau setakat nak maklumkan pasal pindaan undang-undang, ada menteri yang boleh buat.

Begitu juga dengan vaksinasi, SOP dan kemudahan kesihatan. Semua ada menterinya.

Baca juga:   Kes Covid cecah 3 angka: PM minta rakyat kekal berjaga-jaga

Apa guna ada menteri ramai tapi PM terpaksa buat penjelasan bagi pihak mereka?

Sepatutnya mereka yang beri penjelasan kepada rakyat bagi pihak PM.

Waduh, waduh, sudah terbalik nampaknya kerajaan PN kita. Mengapa sampai jadi begitu?

Rakyat mahu tengok tindakan yang konkrit untuk bantu mereka yang terjejas akibat PKP 2.0.

Bukan semua orang kerja makan gaji atau boleh buat kerja dari rumah.

Begitu juga dengan isu sekolah dari rumah yang sangat memeningkan kepala guru, mak bapak dan anak-anak.

Semua kena keluarkan duit sendiri beli gajet untuk anak-anak. Belum campur dengan duit topap internet lagi.

Isu-isu beginilah yang kita harap PM Abah dapat selesaikan dan umum dalam perutusan beliau.

Wak harap adalah berita yang benar-benar menggembirakan untuk rakyat nanti.

Mesti ramai yang rindu nak dengar kisah Kak Kiah. Apa cerita dia sekarang agaknya?

  • Wak Totok ialah seorang pemerhati politik semasa yang teguh memperjuangkan alif, ba, ta sejak dulu kini dan selama-lamanya.
  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Wartawan

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan