32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Solat Jumaat di KL, Putrajaya, Labuan dibenar separuh masjid

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Semua masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenar mengadakan solat Jumaat dengan separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau, mulai esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail bagaimana pun berkata, semua jemaah perlu mematuhi penjarakan fizikal 1.5 meter.

Menurut beliau, keputusan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, bagi jemaah solat fardhu pula diperluas kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama serta penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenar diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diber kebenaran khas untuk solat Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   JPJ sasar kutip RM4.12 bilion hasil tahun ini

Mohd Ajib berkata, semua ketetapan tersebut berkuatkuasa mulai waktu solat Jumaat esok .

Bagaimanapun, tegas beliau, semua jemaah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat sepertimana ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. – Edisi 9

Terkini

KKM sahkan tiada pengedar air zam zam di Malaysia

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di negara ini...

Lagi Artikel Berkaitan