27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Ibu terdesak mencuri demi anak demam terima bantuan polis

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kasih seorang ibu kepada anaknya membuatkan seorang wanita dekat Petaling Jaya sanggup mencuri makanan dan cecair penyejuk untuk mengubati demam anaknya di sebalik kesempitan hidup yang dialaminya.

Bagaimanapun, nasib wanita berusia 30-an itu. kurang baik apabila dia ditangkap pihak pengurusan pasar raya selepas ibu tiga anak itu mencuri penyejuk demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.

Nik Ezanee Mohd Faisal

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal sebaik sahaja menerima laporan polis dibuat pasar raya berkenaan terus tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan ibu berkenaan.

Menurut Nik Ezanee, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencuri penyejuk demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.

Katanya, wanita itu ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan penyejuk demam sebab anaknya demam.

“Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. 

“Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini,” katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Baca juga:   Jangan terpedaya sebaran tegah warga emas mengundi - MCMC

Dalam pada itu, Nik Ezanee memberitahu, pihak polis menyampaikan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan lain demi membantu wanita berkenaan yang hidup sukar.

“Susah-susah sangat mari balai polis, ini ada ‘kool fever’ untuk anak demam,” katanya kepada wanita itu.

Baca juga:   Nik Ezanee mahu kembali bertugas di lapangan

Sejurus menyampaikan bantuan itu, Nik Ezanee berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencabar semua pihak terutama golongan susah.

“PKP ini banyak mencabar kita, ramai antara kita selalu buat aduan konon tidak boleh ‘brain’ (faham) kenapa polis buat roadblock (sekatan jalan raya) tutup jalan dan berlaku kesesakan.

“Sebenarnya, bukan tuan puan saja susah tetapi ada lagi yang lain (susah). Dalam PKP ini kita nak lawan virus Covid-19,” katanya.

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan