25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Nik Ezanee kembali ke Bukit Aman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEGAWAI Juruiring (ADC) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal bakal kembali bertugas dalam lapangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor itu dilapor akan bertugas di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid ketika dihubungi media hari ini mengesahkan perkara itu.

“Ya, arahan pertukaran sudah dikeluarkan pihak atasan PDRM dan dia (Nik Ezanee) sepatutnya perlu melaporkan diri sebelum atau pada 20 Jun ini untuk tugas baharu di Bukit Aman.

“Nik Ezanee akan memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) Pendataan/Analisa JPJKK di Bukit Aman,” katanya.

Advertisements

Tegas beliau, ketika ini sudah ada pegawai baharu yang menggantikan tugas Nik Ezanee sebagai ADC.

Sementara itu, Nik Ezanee yang bertugas sebagai ADC kepada Perdana Menteri sejak Disember tahun lalu enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Beliau memaklumkan masih menunggu arahan rasmi untuk melapor diri di Bukit Aman yang difahamkan pada awal Jun ini. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan