26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

9 sekeluarga termasuk bayi lemas pikap terjunam dalam sungai

Mesti Baca

KUCHING – Sembilan sekeluarga dilaporkan lemas apabila sebuah trak pikap yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di jeti feri Triso, Beladin, dekat Betong, hari ini.

Memetik Berita Harian, kesemua sembilan mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap di dalam kenderaan dikeluarkan oleh orang awam, namun semuanya sudah lemas.

Orang awam membantu mengeluarkan mangsa. Foto FACEBOOK

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.05 petang membabitkan lima lelaki dan empat perempuan.

Advertisements

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.14 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta BBP Simunjan dikejarkan ke tempat kejadian kira-kira 60 kilometer dari balai.

Katanya, identiti mangsa belum diperolehi.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan