31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Penerjun gagal kawal payung terjun maut ketika latihan

Mesti Baca


PUTRAJAYA – Seorang peserta terjun tapak maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.35 petang itu, Azuan Taharudin, 49, bersama tujuh penerjun dari pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang menjalani latihan terjunan tapak sempena Hari Wilayah 2021.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali berkata, ketika melakukan terjunan, mangsa gagal mengawal payung terjunnya dan jatuh di sisi bangunan itu.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan dan kemudian disahkan meninggal dunia 6.10 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

 Beliau berkata, latihan Terjun Tapak 2021 itu dikelolakan pegawai PPj dan melibatkan penerjun pelbagai agensi, termasuk agensi berkenaan.

“Bagaimanapun, penganjur tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa, termasuk polis ketika latihan diadakan.”

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan