25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

UEL sumbang 1,200 KFC buat frontliner

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Terharu dengan pengorbanan petugas barisan hadapan negara, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) hari ini menyumbang sebanyak 1,200 kotak KFC kepada 1,200 orang ‘frontliner’ yang bertugas di Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 dekat Maeps Serdang.

UEL berkata, ramai petugas minta beliau ziarah dan beri kata semangat serta doa kepada mereka sekali gus mendorong lawatannya ke Maeps.

Menurutnya, beliau berasa sayu apabila dimaklumkan sebanyak 10,000 katil disediakan untuk pesakit Covid-19 yang diambil dari hospital.

“Jadi mesti jauh ulang alik. Terima kasih Dr,Nurse, MA….besar pengorbanan mereka,” katanya dalam catatan Facebook, hari ini.

UEL menjelaskan, memasuki tahun 2021, kerja frontliner makin bertambah dan beliau sedih dan kasihan kerana pasti mereka teramat penat. 

Ujar beliau, kerana Allah dan sifat tanggungjawab mereka terus berjuang, mencari rezeki halal macam orang lain. 

“Tetapi mereka berkorban hari-hari penuh kawalan dengan pakai PPE. Panas sangat. Duduk dalam kawad duri lagi. Makan tak sempat. Ke tandas tak sempurna. 24 jam oncall. Selalu kena bertugas luar. Dipindahkan. Solat terkejar-kejar. Terasa seperti dunia lain. 

“Petugas wanita macam adik kakak kita sendiri. Lelaki macam abang adik kita sendiri. Mereka keluarga kita yang sentiasa ada bila kita sakit dan sudi jaga kita masa kita sakit,” katanya lagi.

UEL sementara itu turut menitipkan doa buat frontliner.

“Ya Allah kami tak dapat balas jasa Frontliner negara kami. Balasilah mereka dengan kasih sayangMu, beri keberkatan,rezeki ,kesihatan dan kekuatan buat semua petugas negara kami. Marilah kita bantu mudahkan dan selalu berdoa buat mereka dengan rasa sayang,” tambahnya.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan