32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Polis didakwa paksa seks oral, rakam hubungan seks ditahan

Mesti Baca

KOTA BHARU – Dua anggota polis ditahan kerana didakwa melakukan seks oral, mencabul selain memaksa pasangan kekasih melakukan hubungan seks sambil merakamnya dalam satu kejadian dekat Pengkalan Chepa, Jumaat lalu.

Memetik Harian Metro, suspek berpangkat Konstabel dan Lans Koperal berusia 31 hingga 35 tahun dipercayai turut melakukan peras ugut sebanyak RM1,250 selain menumbuk seorang daripada mangsa.

Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku pada 10.45 malam ketika kedua-dua anggota polis sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan pasangan kekasih berusia linkungan 20-an yang berada dalam sebuah kereta di tepi jalan.

Menurutnya, anggota polis berkenaan dikatakan menumbuk seorang daripada mangsa sambil mengugut mereka dengan meminta wang sebanyak RM1,200 supaya kes berkenaan tidak dirujuk ke pejabat agama.

“Selepas memperoleh wang berkenaan yang dikeluarkan di mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan, anggota polis terbabit juga didakwa minta pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks dalam kenderaan mangsa sambil aktiviti itu dirakam menggunakan telefon bimbit anggota polis itu.

“Mangsa wanita berkenaan turut mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral selain dicabul oleh seorang anggota polis ketika kekasihnya mengambil wang di ATM,” katanya  hari ini.

Baca juga:   Pelajar IMU harumkan nama negara di Davos

Shafien berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat pasangan berkenaan pada Ahad lalu iaitu dua hari selepas kejadian.

“Susulan itu, kita sudah menahan dua anggota berkenaan dan kini direman seminggu untuk siasatan lanjut.

Baca juga:   Peras ‘scammer’ ratusan ribu, inspektor antara 6 ditahan

“Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, kita mengambil kira semua dakwaan mangsa dan siasatan menyeluruh akan dijalankan.

“Sekiranya benar anggota kita terbabit dalam kegiatan jenayah, kita akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377c, 354 dan 384 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa juga dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Wartawan

Terkini

Isu Kedah-Pulau Pinang: Tindakan tegas sebar maklumat palsu

TINDAKAN tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan