26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sultan Nazrin umum MB Perak baharu – Ahmad Zahid

Mesti Baca

IPOH – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan calon Menteri Besar Perak yang baharu akan diumumkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurutnya, Alhamdulillah beliau diperkenankan Sultan Nazrin untuk menghadap dan mempersembahkan surat memohon untuk berkenan bagi mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak.

“Pengumuman untuk calon Menteri Besar Perak itu akan dibuat Tuanku sendiri dan kenyataan selepas ini hanya akan dikeluarkan oleh pihak istana.

“Saya menjunjung titah Tuanku yang hak mencalonkan itu hak UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi hak untuk mengumumkan calon itu adalah hak mutlak Tuanku dan istana akan memaklumkannya,” katanya dalam klip video yang dimuatnaik dalam Facebook beliau hari ini.

Ahmad Zahid yang dipetik Berita Harian dalam pada itu berkata, beliau yakin calon Menteri Besar Perak yang baharu dari UMNO, mendapat perkenan Sultan Nazrin dan memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Advertisements

“Majoriti Insya-Allah,” kata Presiden UMNO itu ketika sidang media selepas selesai menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, hari ini.

Turut dilihat memasuki Istana Kinta pagi tadi ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad, yang disebut-sebut dicalonkan UMNO untuk menduduki jawatan Menteri Besar.

Ahmad Zahid sementara itu turut yakin calon yang dipersembah kepada Sultan Nazrin mendapat majoriti yang mencukupi termasuk dari Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Itulah yang kita persembahkan (majoriti) dan saya sangat yakin majoriti sokongan itu lebih daripada mencukupi.

“Saya menyatakan seboleh mungkin kita mempertahankan kesepakatan PN, ertinya kerjasama pembentukan kerajaan ini adalah antara UMNO, Bersatu dan Pas,” katanya.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan