24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tular penghantar barang angkut motosikal

Mesti Baca


JAKARTA – Membawa barang yang cukup besar bukanlah pertama kali berlaku terhadap penghantar barang bermotosikal atau penunggang ojek online (ojol) di Indonesia.

Malah, ojol turut pernah diminta membawa akuarium, peti aid malah mesin basuh juga pernah dibawa mereka.

Namun, pesanan terbaharu diterima seorang penunggang ojol mengundang perdebatan netizen yang kasihan apatah lagi pesanan itu perlu dibawa menggunakan motosikal.

Secara logiknya juga adalah sukar bagi sebuah motosikal membawa motosikal lain kerana saiznya yang keterlaluan.

Dalam sebuah gambar dimuatnaik pemilik akaun Instagram bernama @newdramaojol.id, seorang penunggang ojol yang menggunakan Souter Honda Vario dilihat menerima tempahan membawa motosikal kapcai Yamaha.

Motosikal Yamaha itu dirakam diikat dengan kemas.

“Orderan kakap (tempahan lumayan)” tulis pemilik Instagram itu.

Advertisements

Netizen kemudiannya memberi reaksi mereka terhadap gambar itu dan ada di antaranya mencadangkan penunggang ojol membatalkan pesanan berkenaan kerana membahayakan dirinya.

“Batalkan sahaja. Upah tak seberapa, risiko berbahaya,” komen seorang warganet.

“Upahnya sedikit belum ditolak komisen.Akhirnya badan sakit motosikal rosak, batalkan,” tulis seorang lagi netizen.

Ojol yang membawa muatan berlebihan berdepan risiko berbahaya termasuk boleh terbabit dalam kemalangan dan motosikal itu rosak.

Sementara itu, pengajat keselamatan kenderaan dari Rifat Drive Labs, Erreza berkata, muatan berlebihan pada motosikal amat berbahaya kerana dapat memudahkan pusat berat kenderaan.

“Berpindahnya pusat berat akan mengakibatkan risiko terjatuh,” kata Erreza kepada Detik News.

Beliau menambah, ketika beban maksimum dicapai, ia mendatangkan risiko kepada rangka dan seluruh komponen kenderaan sekali gus memendekkan jangka hayat dan risiko rosak kepada kenderaan.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan