27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Oral seks pelanggan pusat urut, pemuda disebat 37 kali

Mesti Baca


BANDA ACEH – Seorang pesalah gangguan seksual merupakan antara enam individu yang disebat di khalayak umum di sini semalam.

Detik News melaporkan, pemuda berusia 22 tahun dan hanya dikenali sebagai M disebat sebanyak 37 kali selepas terbukti melakukan gangguan seksual terhadap seorang lelaki di sebuah premis urut di Kuta Alam.

Hukuman sebat itu diadakan di Taman Sari Banda Aceh dengan M merupakan individu ketiga disebat.
Kesihatan M terlebih dahulu diperiksa pasukan perubatan.

“Seorang individu yang disebat Hari ini berhubung kes gangguan seksual,” kata Ketua Polis Banda Aceh, Heru Tri Wijanarko.

M didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Pasal 46 juncto Pasal 1 butir 27 Qanun Aceh Nomor 6 Tahun 2014 tentang Hukum Jinayat.

M ditangkap polis Kuta ALAM pada 16 September setelah polis menerima laporan dibuat mangsa, RS, 30, seorang pelabgy premis urut berkenaan.

M ketika kejadian yang bekerja sebagai tukang urut, dipercayai membuka seluar mangsa dan melakukan seks oral.

Advertisements

Mangsa yang terkejut kemudian meninggalkan lokasi itu dan membuat laporan polis.

Selain M, hukuman sebat juga dibuat ke atas lima pesalah dengan tiga diantaranya disabitkan kesalahan kes judi togel manakala dua lagi judi sabung ayam.

Dua pesalah, Mar dan perempuan bernama AA disebat 27 Kali manakala MA disebat sebanyak 37 kali.

Dua pesalah judi sabung ayam pula dihukum 10 kali sebat.

“Secara keseluruhan, yang disebat hari ini enam orang. Ini hukuman sebat kesembilan dalam tahun ini,” ujar Heru.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan