Monday, July 20, 2026

Pempengaruh lelaki diganggu secara seksual di Mekah

Mesti Baca

SEORANG pempengaruh lelaki terkenal di negara ini terkejut apabila dia didekati seorang lelaki dan mengajaknya melakukan perkara terkutuk ketika berada di lobi sebuah hotel di Tanah Suci Mekah.

Zhiddin Aziz menerusi satu rakaman video menunjukkan dia dipelawa untuk ke biliknya oleh seorang lelaki dengan tujuan melakukan hubungan seks.

Lebih mengejutkan kejadian berlaku di sebuah hotel yang berjarak hanya beberapa minit ke Kaabah.

Pemilik nama sebenar Mas Zhaeim Zhiddin Aziz itu berkata, sebelum itu lelaki yang berpakaian Arab berkenaan bertanya kepadanya sama ada dia tinggal bersendirian di hotel berkenaan.

Apabila pempengaruh tersebut menjelaskan dia bersama ibunya, lelaki tersebut bertanya sama ada ibu Zhiddin akan kembali ke bilik atau lama di Masjidilharam.

Curiga dengan pertanyaan tersebut, Zhiddin telah meminta lelaki tersebut berterus terang apa yang dia inginkan daripadanya.

“Berterus-terang sahaja, apakah awak gay?”

“Ya,” jawab lelaki tersebut.

“Apakah kamu mahu melakukan hubungan seks dengan saya?” 

“Ya sebetulnya.”

Bagaimanapun Zhiddin menolak secara baik dan mengarahkan lelaki tersebut tidak mengganggunya.

Sebelum beredar, lelaki itu memohon maaf kerana mengganggunya dan membuatkab Zhiddin marah.

Anak kepada pengacara TV terkenal, Allahyarham Aziz Desa itu berkata, dia sengaja mencuri rakam video tersebut dan berkongsi di media sosial sebagai peringatan bahawa walau di mana pun berada, dosa itu tetap ada. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan