26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Permohonan maaf Najib bukan untuk raih simpati – Wan Rosdy

Mesti Baca

PERMOHONAN maaf Datuk Seri Najib Razak secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung isu 1MDB bukan satu kenyataan meraih simpati tetapi tindakan berjiwa besar, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurutnya, ini membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri itu seorang yang dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang beliau percaya sebenarnya tidak dilakukan dan setelah diperdaya oleh mereka yang mengambil kesempatan. 

Menteri Besar Pahang itu berkata, beliau dapat merasakan bahawa kenyataan tersebut telah dibuat dengan suci hati serta lahir dari sanubari yang ikhlas.

“Saya berpandangan bahawa  kenyataan media tersebut juga menjelaskan betapa Datuk Seri Najib sepanjang menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu, sentiasa memikirkan hanya yang terbaik untuk rakyat, sehingga ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas keprihatinan beliau untuk menjaga kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Najib yang sedang menjalani hukuman penjara mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Advertisements

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Najib berkata, setiap hari beliau berasa amat terluka mengetahui bahawa segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasannya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

“Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Najib berkata, beliau amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC dan 1MDB. 

Namun dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk perkara yang saya tidak mulakan atau mengetahui secara sedar, katanya, adalah tidak adil kepada beliau.

Sehubungan itu, Wan Rosdy berdoa dan berharap agar Najib dibebaskan dan keadilan yang sebenar dapat ditegakkan dengan membawa dalang kes 1MDB ke muka pengadilan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan