32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

2 polis bantuan ‘kantoi’ ugut pasangan khalwat dalam kenderaan

Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,000 yang merupakan barang kes.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA polis bantuan pusat beli belah di Johor Bahru ditahan polis kerana mengugut serta mengeluarkan wang pasangan kekasih yang dipercayai berkhalwat di dalam kenderaan di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dua anggota polis bantuan itu meminta wang sebanyak RM500 sebagai ‘ganjaran’ supaya mereka tidak mengambil tindakan terhadap pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, pasangan tersebut memaklumkan tidak mempunyai wang tunai mencukupi.

“Kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 32 tahun itu kemudian meminta pengadu (lelaki) menyerahkan kad ATM miliknya berserta nombor pin bagi membolehkan mereka mengeluarkan sendiri wang tersebut.

“Tidak lama selepas dilepaskan oleh kedua-dua suspek, pengadu menerima pesanan ringkas dalam telefon bimbitnya memaklumkan terdapat pengeluaran berjumlah RM1,000 dibuat daripada akaun bank miliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Raub, mangsa kemudian membuat laporan tentang kejadian itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) pada pukul 11.23 pagi semalam.

Menurutnya, siasatan awal dibuat mendapati kedua-dua suspek merupakan anggota polis bantuan yang bertugas di kawasan bangunan pusat beli-belah berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek berjaya ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD JBS pada pukul 9 malam, semalam.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,000 yang merupakan barang kes,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini dikenakan tahanan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan