27.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 24, 2022

KPLB nilai potensi kampung penuhi kriteria “Kampung Sejahtera’

KPLB memperkenalkan Aspirasi Kampung Sejahtera bagi melonjak pembangunan kawasan di luar bandar.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mengenal pasti kampung-kampung di seluruh negara yang memenuhi kriteria untuk layak dipanggil sebagai Kampung Sejahtera.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, antara kriterianya termasuk memiliki infrastruktur yang lengkap, aktiviti ekonomi berimpak tinggi, modal insan berdaya maju dan tahap kesihatan komuniti yang baik.

“Sebab Kampung Sejahtera itu memang kita tengah ‘roll out’ sekarang ini, (kita) nak tengok berapa banyak kampung, kita buat juga pertandingan kampung (Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera).

“Tapi pada masa yang sama kita minta data daripada pejabat-pejabat daerah seluruh negara juga berapa banyak sebenarnya kampung yang boleh dianggap sebagai Kampung Sejahtera.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Komuniti Sejahtera Bukit Tembaga di Felda Bukit Tembaga di Kuala Nerang, Kedah, hari ini.

KPLB tambah Mahdzir, tidak menetapkan sebarang sasaran jumlah kampung yang akan diangkat sebagai Kampung Sejahtera pada tahun ini.

Baca juga:   Penjawat awam Kedah dapat bonus RM1,000

Namun beliau amat menyarankan semua jawatankuasa kampung mengambil peluang menyertai pertandingan itu.

Bagi kampung yang berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk diiktiraf sebagai Kampung Sejahtera katanya, KPLB akan menyalurkan peruntukan pembangunan kepada kampung tersebut berdasarkan keperluan di kawasan itu.

“Kalau yang paling tinggi kita boleh bagi RM1 juta peruntukan pembangunan dalam kampung, juga RM100,000, ada yang RM200,000 bergantung kepada keperluan. Contohnya, kalau jalan baik, elektrik ada, paip air ada, (tapi) mungkin surau dia tak begitu cantik (kita bagi peruntukan untuk surau).

Baca juga:   Bajet 2022: KPLB terima peruntukan RM10.53 bilion

Untuk itu jelas Mahdzir, ketua-ketua kampung perlu memainkan peranan lebih kreatif dan inovatif bagi menggerakkan komuniti kampung untuk memenuhi kriteria Kampung Sejahtera KPLB.

“Ketua Kampung itu kena ada ‘innovation’, ketua tu kena kreatif dan kita akan tolonglah, tapi kalau empat tahun tak pernah buat gotong-royong, jadi macam mana nak bagi (peruntukan),” katanya.

Untuk rekod, Malaysia ketika ini mempunyai 28,303 buah kampung meliputi 19,447 kampung di Semenanjung Malaysia, 5,976 kampung di Sarawak, 2,853 kampung di Sabah dan 27 kampung di Labuan.

KPLB memperkenalkan Aspirasi Kampung Sejahtera bagi melonjak pembangunan kawasan di luar bandar.

Ia sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung khususnya aspek ekonomi.

Selain memastikan semua kampung mencapai aspirasi yang digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu wawasan Luar Bandar yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik menjelang 2030.

Baca juga:   Jumlah kes BID di Kedah membimbangkan

-EDISI9

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan