25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dadah: Penganggur dihukum gantung sampai mati

Mahkamah mendapati keterangan tertuduh meragukan dan bercanggah dengan pihak pendakwaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGANGGUR dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine di Kampung Pasir Pekan Hilir, Tumpat pada September 2016.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir pembelaan.

Mohamad Abazafree dalam alasan penghakiman berkata, mahkamah mendapati keterangan tertuduh Mohamad Hafizul Che Mohamad Zahid, 30, adalah meragukan dan bercanggah dengan pihak pendakwaan.

“Secara amnya pembelaan Mohamad Hafizul berpaksikan versi sama sekali berbeza dengan pihak pendakwa raya.

“Malah, saksi-saksi yang ditampilkan juga memberi keterangan meragukan dan bercanggah. Justeru, selepas membuat penilaian maksima, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

“Mahkamah tiada pilihan dan Mohamad Hafizul dihukum dengan hukuman mati dan akan ditahan sehingga satu tarikh sebelum digantung,” katanya seperti dilaporkan Metro Online.

Advertisements

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 89.8 gram di hadapan sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, Tumpat pada 4.20 petang 22 September 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Arshad dan tertuduh diwakili peguam, Ridhuwan Ismail.

Terdahulu, Ridhuwan memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana anak guamnya sudah ditahan enam tahun ketika berusia 24 tahun, selain tidak mempunyai rekod jenayah dan memberi kerjasama baik sepanjang perbicaraan berlangsung.

Bagaimanapun, Norazlinawati berkata, hukuman setimpal perlu dikenakan memandangkan kes dadah semakin berleluasa.

Katanya, mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam dan hukuman setimpal mampu memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan