27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

WhatsApp bolehkan mesej hilang selepas tujuh hari

Mesti Baca

LONDON – WhatsApp memperkenalkan pilihan ‘menghilangkan mesej’ pada aplikasi itu yang akan memadam perbualan daripada telefon pintar milik penghantar dan penerima selepas tujuh hari.

BBC melaporkan, aplikasi milik Facebook yang mempunyai dua bilion pengguna di seluruh dunia itu berkata, tetapan tersebut akan memastikan perbualan pengguna mempunyai privasi.

Namun katanya, penerima masih boleh membuat tangkap layar atau menghantar sebarang mesej, gambar atau video yang mereka mahu simpan.


Pilihan itu akan tertera pada aplikasi itu pada penghujung bulan ini.

Menerusi sebuah blog, syarikat itu berkata, mesej akan ditetapkan untuk dilupuskan selepas tujuh hari. 

Ia membolehkan pengguna tidak  risau bahawa perbualan mereka akan kekal sementara praktikal di sebalik langkah itu anda tidak lupa apa yang anda telah bualkan.

Pada April 2019, Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berikrar untuk membuat beberapa perubahan pada rangkaian sosial itu bagi menawarkan lebih privasi kepada pengguna.

Antara cadangan itu ialah menawarkan lebih banyak cara mudah untuk berkongsi kandungan termasuk menghilangkan mesej.

Syarikat itu turut berharap untuk mengintegrasikan platform mesej miliknya menjadikan WhatsApp, Instagram dan Facebook Messenger mampu bertukar-tukar maklumat.

Aplikasi lawan, Snapchat yang memberi inspirasi kepada ciri-ciri Facebook dibangunkan atas menghilangkan mesej.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan