26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

Hapus hutang bank B40 memang elok jika boleh jadi realiti – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Cadangan Ketua Armada PPBM, Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal agar semua agensi perbankan memansuhkan hutang golongan B40 tidak mustahil untuk direalisasikan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana semua pihak yang terlibat dalam penyusunan Belanjawan 2021 adalah daripada parti Bersatu.

“Memang elok jika ini boleh menjadi realiti. Besok (hari ini) kita tengok jika ini dalam bajet 2021.

“PM dari PPBM, menteri kanan paling kanan yang juga menteri perdaganan antarabangsa dari PPBM, menteri kewangan lantikan PPBM, menteri ekonomi dari PPBM dan ahli-ahli Majlis Tindakan Ekonomi juga dari PPBM dan lantikan PPBM – tanpa seorang dari BN atau Pas atau mana-mana parti lain.

“Sebab itu, tak mustahil ianya menjadi realiti,” kata Najib menerusi hantaran dalam Facebooknya, semalam.

Ahli Parlimen Pekan itu mengulas kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berhubung cadangan beliau agar hutang bank golongan B40 dihapuskan.

Baca juga:   Kenyataan Ku Li bersifat peribadi, bukan mewakili parti - Mahdzir

Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau berkata, gesaan untuk bank menghapuskan bayaran faedah dan hutang bukan perkara baru kerana cadangan sama turut dibangkitkan di negara lain.

Katanya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi yang memiliki saham di bank mempunyai kewajipan sosial terhadap rakyat dan mereka perlu membuat pengorbanan.

Najib dengan sinis berkata, jika cadangan itu diluluskan Malaysia boleh mencatat sejarah sebagai negara pertama di dunia yang berjaya menghapuskan hutang bank golongan B40.

Baca juga:   Liputan 5G seluruh negara menjelang hujung 2021

“Tetapi sebelum hapuskan semua hutang bank B40, mohon lanjutkan moratorium pinjaman bank untuk B40 dan M40 terlebih dahulu,” kata Najib. – Edisi 9

Terkini

JKM bantu 4,422 murid kematian ibu, bapa akibat Covid-19

CYBERJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membantu seramai 4,422 murid kematian waris akibat pandemik tersebut sehingga rekod Isnin...

Lagi Artikel Berkaitan