31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Ceroboh tanah kerajaan Selangor: Kuala Langat tertinggi

Mesti Baca


SHAH ALAM – Kuala Langat merekodkan pencerobohan tanah milik kerajaan negeri paling tinggi di sembilan daerah di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 142.85 hektar daripada keseluruhan 427 hektar tanah kerajaan negeri yang diceroboh adalah di Kuala Langat sahaja.

Menurutnya, daerah kedua tertinggi pencerobohan tanah kerajaan negeri adalah di Klang (86.1 hektar); Petaling dan Kuala Selangor masing-masing 40.46 hektar; Hulu Langat (34 hektar); Gombak (32.3 hektar); Sepang (29.1 hektar); Hulu Selangor (20.2 hektar) dan Sabak Bernam (1.4 hektar).

“Kesemua pencerobohan itu sudah dikeluarkan Notis 425 Kanun Tanah Negara oleh pentadbir tanah berkaitan untuk proses seterusnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PH-MERU) berhubung keluasan tanah kerajaan negeri yang diceroboh pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Amirudin yang dipetik Harian Metro berkata,  kebanyakan pencerobohan tanah di Selangor dilakukan untuk aktiviti pertanian.

Namun katanya, lama-kelamaan ia turut membabitkan aktiviti bangunan (rumah), lokasi pembuangan sampah haram serta stor.

Menurutnya, sejak 2008 hingga 2015, kerajaan negeri melakukan pemutihan rumah (bangunan) yang diduduki tanpa kebenaran.

Baca juga:   Banjir: PM arah gerakkan semua aset kementerian

“Bagaimanapun, bermula 2014, kita memberi peluang untuk pemilikan tanah kosong dengan harga pasaran dan syarat tertentu.

“Tindakan ini bukan untuk menggalakkan pembinaan rumah tanpa kebenaran tetapi ia adalah satu usaha pemutihan,” katanya.

Baca juga:   Malaysia jana RM33.9 bilion dalam Expo 2020 Dubai

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan