26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Terkejut ‘scammer’ masuk nombor telefon dalam WhatsApp

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil terkejut apabila nombor telefon peribadinya telah disalahgunakan oleh pihak ‘scammer’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau menerusi ciapan di Twitter, memaklumkan ‘scammer’ tersebut telah memasukkan nombor telefon peribadinya dalam sebuah grup WhatsApp.

Fahmi berkata, bagaimanapun beliau dikeluarkan daripada kumpulan berkenaan.

Ini selepas beliau memaklumkan telah menyalurkan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan salah laku itu.

“Scammer masukkan saya dalam group WhatsApp scam.

“Bila saya kata dah alert PDRM & SKMM, saya kena kick (dibuang),”katanya ringkas dalam hantaran itu.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengingatkan orang ramai yang menjadi mangsa ‘scammer’ agar segera menghubungi talian Pusat Respon Scam Kebangsaan ditalian 997.

“Jika anda mangsa scam, sila segera call (telefon) 997,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan