31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Belanjawan 2021: Industri kreatif mahu geran kerajaan diteruskan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Geran dan pinjaman, sokongan pemasaran dan promosi serta peluang pekerjaan adalah tiga keutamaan dalam senarai harapan industri kreatif untuk Belanjawan 2021.

Berdasarkan tinjauan MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) bulan lalu, para pengamal kreatif dan perniagaan tersebut antara paling terkesan berikuran pandemik Covid-19.

Justeru, mereka amat berharap agar kerajaan dapat memberi sokongan menerusi Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Menurut Pengerusi MyCreative, Mohd Naguib Razak, 70 peratus daripada 365 responden memilih Geran dan Pinjaman Kerajaan sebagai keutamaan dalam harapan mereka.

“Turut menjadi agenda utama adalah permintaan bantuan untuk pemasaran dan promosi dengan 42.2 peratus serta peluang pekerjaan dengan 39.5 peratus menyenaraikannya sebagai antara
keutamaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

MOHD NAQUIB RAZAK

Kayu ukur Kerajaan yang diklasifikasikan ‘sangat penting’ dari responden adalah termasuk :
• Menyertakan sektor kreatif, seni dan budaya sebagai sektor penting dalam Pelan Pemulihan COVID-19 negara (81 peratus)
• Memastikan sokongan terhadap organisasi kebudayaan dapat dinikmati artis dan profesional kreatif lain yang bekerja sendiri (80.8 peratus)
• Membentuk sektor ekonomi yang lebih mapan untuk membangunkan karier dan perniagaan (80.1 peratus)

Berdasarkan kelangsungan ekonomi dan kewangan mereka, sebilangan responden juga berpendapat bahawa kerajaan harus mengambil langkah-langkah memajukan Ekonomi Kreatif secara mapan supaya dapat memberi manfaat ekonomi dan sosial.

Katanya, cadangan lain dari responden adalah supaya pihak berwajib ‘fokus pada seni dalam pembelajaran untuk mencungkil bakat untuk masa depan ekosistem kreatif’.

“Dalam masa sukar ini, kita perlu merancakkan kembali industri kreatif supaya menjadi berdaya tahan dari kesan wabak pandemik ini dan terus menyuarakan pendapat yang mempunyai konteks dan pengisian dalam memperjuangkan kesusahan rakyat dalam negara.

“Kelangsungan bakat-bakat baharu dan transformasi atau penyesuaiannya dengan norma baharu juga adalah penting tetapi kami berharap ia dapat dicapai dengan perbelanjaan kewangan yang berhemah dan mapan,” katanya.

Mohd Naquib berkata, dalam Belanjawan 2021 ini, beliau berharap bersedia untuk membantu dalam memberikan penyelesaian kepada isu-isu yang diketengahkan tersebut.

Hasil tinjauan MyCreative dalam kalangan penggiat industi kreatif.

“Kami juga berharap agar Pelan PENJANA untuk Industri Kreatif dapat diperluaskan lagi, terutamanya untuk sektor-sektor yang telah mendapat banyak permohonan dan cadangan yang baik, seperti muzik, seni persembahan, seni tradisional & kraf, filem dan sastera, untuk terus menyokong mereka,” tambahnya.

Pengamal kreatif masih boleh mendapatkan sokongan melalui pelbagai program dan inisiatif di bawah MyCreative seperti Geran Pemasaran dan Promosi Digital, Geran Pemasaran dan Promosi Digital
(GPPD), Program Halaju Digital, Geran Pemulihan Industri Kreatif (GPIK) dan Inisiatif Pemulihan CENDANA.

Selain itu, pinjaman mudah termasuk Pinjaman Pengantaraan Bagi Pernerbit Kandungan Industri Kreatif (PPKK), Pinjaman Mikro Bagi Usahawan Kreatif (PMUK), dan Pinjaman Pemulihan Perniagaan Industri Kreatif (PPPK), serta Pinjaman Pelaburan turut disediakan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan