26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

‘Saya tak nak berlakon yang enggan ambil vaksin’ – Che Ta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Rozita Che Wan mengakui tidak akan menerima tawaran berlakon dengan mana-mana pelakon yang belum mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Beliau yang mesra dipanggil Che Ta berkata, dia enggan mengambil risiko berlakon di bawah produksi yang sama dengan individu sedemikian memandangkan masih mempunyai anak kecil di rumah.

“Saya tak nak berlakon dengan seseorang yang enggan ambil vaksin. Saya tak akan ambil risiko sebab ada anak masih kecil.

“Pada pandangan saya, pelakon yang enggan ambil vaksin tapi mahu kembali bekerja tanpa fikirkan orang lain adalah tidak bertanggungjawab,” katanya, lapor MalaysiaGazette.

Terdahulu, pengarah dan penerbit drama Jinggo dan pelakon Fauziah Nawi menyatakan kegusaran mereka sekiranya kelonggaran penggambaran ditarik balik disebabkan ada produksi tidak mematuhi SOP dengan mengambil pelakon yang belum vaksin.

Baca juga:   13,034 kes harian baharu COVID-19, Selangor lepasi angka 6,000
ROZITA CHE WAN

Pada masa sama, pelakon drama Kiah Pekasam itu berkata, setiap kru produksi perlu bertanggungjawab mematuhi syarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan oleh mereka yang telah menerima dua dos vaksin Covid-19.

“Produksi saya pun nak memulakan penggambaran tak lama lagi dan kami dimaklumkan semua pelakon terlebih dulu perlu lengkap divaksin.

“Lagipun kita kena ikut peraturan yang ditetapkan oleh MKN serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Tak naklah disebabkan seorang (yang tidak divaksin), orang lain pula tak boleh bekerja nanti,” katanya.

Baca juga:   215 Orang Asli Mersing ambil suntikan vaksin

Che Ta turut membantah sekiranya ada produksi yang masih mengambil pelakon belum vaksin disebabkan mereka terikat dengan alasan kontrak.

“Tak tahu macam mana perkara macam tu boleh lepas (jika belum dapat dua dos suntikan vaksin) sebab produksi kena hantar senarai nama pelakon dan kru kepada Finas,” katanya lagi.- Edisi 9

Terkini

Rakyat Malaysia dibenar tunai umrah mulai Isnin

RAKYAT Malaysia dibenar mengerjakan umrah berkuat kuasa Isnin ini selaras dengan pemansuhan MyTravelPass untuk ke luar negara, kata Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan