25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Western Digital tambah pelaburan RM2.3 bilion di Malaysia

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Western Digital Sdn Bhd, syarikat pengeluar peralatan storan digital terkemuka bersetuju menambah pelaburan sebanyak RM2.3 bilion bagi meningkatkan kemudahan dan kapasiti pengeluaran di negara ini.

Perkara itu dipersetujui semasa pertemuan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Kumpulan Operasi Western Digital Malaysia, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid hari ini.

Dengan pertambahan tersebut menjadikan jumlah pelaburan syarikat itu di negara ini berjumlah hampir RM 18 bilion.

“Pelaburan baharu itu diperuntukkan untuk memperluaskan fasiliti dan kapasiti kilang Western Digital Media Pulau Pinang dan Western Digital Sarawak.

“Nilai eksport syarikat itu dari Malaysia adalah berjumlah RM18 bilion pada 2019,” kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Advertisements

Kenyataan itu berkata, pelaburan tambahan itu akan memberi manfaat ekonomi kepada negara selain membuka peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 penduduk tempatan.

“Ini membuktikan keupayaan kerajaan dalam mengurus ekonomi dan keyakinan pelabur terhadap pentadbiran dan kestabilan negara ketika dunia masih berdepan pandemik COVID-19.

“Perdana Menteri amat mengalu-alukan mana-mana syarikat untuk melabur dalam industri berimpak tinggi dan berteraskan teknologi di negara ini,” kata kenyataan tersebut.

Katanya, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan agensi-agensi berkaitan sentiasa komited menarik pelaburan dan meyakinkan pelabur untuk terus membuat pelaburan tambahan di negara ini.

“Komitmen Kumpulan Western Digital ini mencerminkan keyakinan tinggi pelabur dari luar negara kepada kerajaan untuk terus mengembangkan pelaburan dan operasi mereka di Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan