32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Peruntukan RM2.7bilion dimanfaat demi rakyat, industri kreatif

Peruntukan Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta diharap membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni menghasilkan pelbagai karya kreatif

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) akan memastikan peruntukan berjumlah RM2.737 bilion daripada kerajaan dimanfaatkan bagi mengutamakan kemudahan capaian internet untuk rakyat, merealisasikan dekad keemasan ekonomi digital serta mendukung usaha membangunkan industri kreatif.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, seperti menerusi projek Jendela di 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah dengan peruntukan RM725 juta bagi menjamin kemudahan internet yang stabil dalam kalangan rakyat.

“KKD menyambut baik saranan kerajaan agar Digital Nasional Berhad (DNB) diuruskan dengan lebih telus di samping memastikan rakyat mendapat liputan 5G yang menyeluruh dan pada harga yang berpatutan.

“Peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) juga akan diperkasakan bagi membantu peniaga kecil dengan pengetahuan ICT dan e-Dagang. Sekurang-kurangnya satu PEDi akan diwujudkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti ekonomi digital seiring dengan inisiatif KKD,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, KKD menerusi Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) akan melatih lebih ramai pekebun kecil beradaptasi dengan teknologi digital menerusi program Digital AgTech ke 100 Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh negara dengan peruntukan RM10 juta.

Advertisements

Katanya, KKD juga amat mengalu-alukan usaha kerajaan dalam mengukuhkan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi mengekang jenayah penipuan dalam talian.

“Inisiatif kerajaan ini akan mempercepatkan usaha-usaha advokasi yang dilaksanakan KKD dan CyberSecurity Malaysia bagi memerangi jenayah tersebut,”katanya.

Menyentuh mengenai pembangunan industri kreatif, beliau berkata, peruntukan Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta diharap membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti filem, animasi dan muzik yang bermutu tinggi.

“Selain itu, bagi menyokong industri kreatif negara, sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan diberi potongan cukai manakala duti import serta cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran juga akan dikecualikan,” ujarnya.

Jelasnya, Belanjawan 2023 merupakan pemacu bagi mendepani cabaran ekonomi semasa dan menjamin kesejahteraan rakyat dalam usaha membangunkan negara Malaysia Madani. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan