29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tun M dan 13 ahli keluar Pejuang sah sertai Putra

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TUN Dr Mahathir bersama 13 lagi ahli yang sebelum ini keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sah menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) hari ini.

Bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Armin Baniaz Pahamin berkata, Dr Mahathir mendaftar keahliannya bagi meneruskan perjuangan politiknya bersama Putra.

“Misi dan matlamat kita perlu jelas untuk menjayakan sesuatu perjuangan. Perjuangan utama ialah untuk penyatuan orang, parti dan pertubuhan Melayu.

“Doakan semoga Allah permudahkan perjuangan kami. Hanya melalui penyatuan orang-orang melayu dapat kita bersatu menyelesaikan masalah bangsa demi agama dan tanah air,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, Dr Mahathir memberi bayangan untuk menyertai PUTRA selain berhasrat menjadi penasihat parti itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau menganggap jemputan untuk menyertai PUTRA sesuai dengan perjuangan dan prinsip politiknya iaitu membela nasib orang Melayu dan menolak amalan rasuah.

Beliau juga berharap dapat memberi panduan kepada PUTRA dan meneruskan perjuangan serta mencapai matlamat untuk selamatkan kaum Melayu di negara ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan