25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

150,000 peranti CERDIK selesai diagih 29 Oktober lalu – Radzi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan menjelaskan sebanyak 150,000 unit peranti berupa komputer riba dilengkapi akses internet selama setahun di bawah Tabung Cerdik sudah diagihkan kepada murid daripada keluarga B40.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, peranti terakhir atau yang ke-150,000 telah diagihkan kepada murid tingkatan tiga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinji, Ipoh, Perak, Muhammad Harrith Irfan Mohd Daniel Timothy pada 29 Oktober lalu.

Bagaimanapun menurutnya, masih ada pihak dan wakil rakyat yang membangkitkan mengenai status agihan.

“Sebenarnya isu agihan peranti ini tidak sepatutnya timbul kerana sebagaimana saya sebutkan tadi kesemua 150,000 peranti yang telah diumumkan pada belanjawan tahun lepas, sudah diagihkan kepada murid yang telah dikenal pasti.

“Jadi, saya amat berharap supaya perkara ini tidak dijadikan sebagai satu isu memandangkan pengagihan peranti telah selesai dilaksanakan dan murid-murid pada waktu ini sedang menggunakan peranti tersebut di dalam pembelajaran mereka,” katanya.

Baca juga:   Syed Saddiq sah tubuh parti 'Muda Malaysia', Dr. M pasti kecewa

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan kemasukan pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, inisiatif tabung CERDIK berkenaan adalah berdasarkan sumbangan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurutnya, GLC dan GLIC akan menyumbang peranti berkenaan untuk kegunaan murid-murid di mana sumbangan ini diselaraskan oleh Yayasan Hasanah di bawah Khazanah Nasional.

Baca juga:   Pendidik diseru pertahan penghormatan, tertib ilmu - Radzi Jidin

“Jadi GLC dan GLIC memberi sumbangan diselaraskan oleh Yayasan Hasanah, di mana yayasan ini akan menghantar peranti-peranti ini ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara.

“Dalam konteks KPM, kami bantu mengenal pasti penerima dan juga mengagihkan peranti yang diterima daripada Yayasan Hasanah,” katanya.

Menurutnya, di peringkat awal terdapat sedikit kelewatan dalam konteks pengagihan peranti susulan bekalan peranti itu agak terhad dengan mengambil kira pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau kawalan pergerakan di negara-negara pengeluar.

“Sebagai contoh, begitu juga bekalan peranti mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Maknanya, setiap penyumbang ada spesifikasi tertentu dan mereka perlu mendapatkan bekalan tersebut. Itu antara sebab terdapat sedikit kelewatan di peringkat awal agihan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung Cerdik daripada 13 GLIC dan GLC mewakili syarikat di bawah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Petronas.

Baca juga:   JKKMAR setuju RUU Sumbangan Politik digubal - Ismail Sabri

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan