Wednesday, July 22, 2026

Inspektor, koperal ditahan sertai parti liar di Kuching

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INSPEKTOR dan koperal polis antara 14 individu ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah apartment di Jalan Batu Kawa, Kuching, Sarawak, Rabu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, turut ditahan seorang penolong pegawai kesihatan dan pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Menurutnya, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira jam 10 pagi.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan lima wanita.

“Turut dirampas 14.57 gram ketamin, 14 biji pil ekstasi dan lima biji pil eramin dalam serbuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif methamphetamine dan amphetamine.

“Kesemua suspek kini ditahan reman di lokap Siburan dan lokap Beratok, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sehingga 8 November,” katanya.

Aidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan