31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Perarakan iringi calon tak dibenarkan – SPR

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengingatkan penyokong parti politik tidak dibenarkan hadir atau berarak mengiringi calon parti masing-masing ke 28 pusat penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong calon bertanding juga tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang hari penamaan calon.

Menurutnya, hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

“Bagi calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan bahawa surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili hendaklah dikemukakan ketika menyerahkan Kertas Penamaan Calon.

“SPR berharap proses penamaan calon berjalan lancar tanpa apa-apa insiden tidak baik, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, SPR juga meminta semua calon dan parti politik agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Baca juga:   MARA terima 74,472 permohonan ke MRSM - Mahdzir

Menurutnya, kertas penamaan calon boleh dikemukakan bermula dari jam 9 pagi sehingga 10 pagi esok kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di 28 pusat penamaan calon berkenaan.

“Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRN Melaka dinasihatkan agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang dengan Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Baca juga:   SPR tentukan tarikh PRN Johor 9 Februari ini

“Selain Itu bakal calon juga adalah disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dengan resit pembayaran hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran,” katanya.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah bagi memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan