29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kereta rempuh pintu Masjidilharam, Seorang lelaki ditahan

Mesti Baca

MEKAH – Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa Arab Saudi selepas kereta dipandunya merempuh pintu Masjidilharam dalam satu kejadian, malam tadi.

Sebuah kereta meluncur laju sebelum merempuh pintu Masjidilharam.

Bagaimanapun tiada jemaah yang cedera berikutan kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu.

Middle East Eye melaporkan, rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta meluncur laju merempuh penghadang plastik di luar perkarangan kompleks sebelum merempuh pintu 89 masjid.

Akhbar Al-Waeem melaporkan, tiada orang awam cedera dalam nahas itu ketika satu lagi video merakamkan orang ramai menolak keluar kereta itu daripada kompleks masjid.

Gambar tular merakamkan lelaki yang ditahan polis.

Sekeping gambar merakamkan lelaki itu berpakaian ihram semasa ditahan polis namun punca sebenar kejadian masih tidak diketahui.

Stesen televisyen Saudi Qur’an meneruskan siaran langsung saluran itu hanya dari dalam Masjidilharam berikutan kejadian itu.

Orang ramai menolak keluar kereta dari perkarangan Masjid.

Arab Saudi membenarkan solat jemaah di dalam Masjidilharam awal bulan ini selepas tujuh bulan berikutan penularan Covid-19.

Ahad ini, kerajaan akan membenarkan jemaah dari luar negara menunaikan umrah.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan