25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pertimbang semula kebenaran pengeluaran akaun satu KWSP – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan semula cadangan agar rakyat dibenarkan mengeluarkan wang akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan pencarum yang berdepan pandemik Covid-19.

Kata bekas perdana menteri itu, jika pengeluaran itu dibenarkan, kerajaan boleh membenarkan serta menggalakkan pencarum menambah nilai semula pada masa depan apabila keadaan pulih.

Menurutnya, pengeluaran pencarum adalah dihadkan kepada pengeluaran “one-off” sehingga RM10,000 sahaja tanpa mengeluarkan kesemua simpanan mereka.

“Kerajaan juga boleh memastikan KWSP diberikan peluang dengan pelbagai projek untuk untung besar pada masa hadapan untuk memberi pulangan lebih besar kepada pencarum demi memulihkan baki akaun KWSP seperti apa yang kerajaan Barisan Nasional (BN) buat dahulu dengan projek Kwasa Damansara, pemilikan kepentingan 49% dalam PLUS dan projek Battersea UK.

“Jangan hanya beri segala projek-projek seperti ini kepada pihak swasta sahaja sebab kita perlu ingat dan sedar bahawa rakyat adalah kroni sebenar kita. Mohon PM8 (Muhyiddin) pertimbang semula,” tulisnya dalam hantaran Facebook beliau, hari ini.

MUHYIDDIN YASSIN

Terdahulu, Muhyiddin membayangkan adalah sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun satu caruman KWSP bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik Covid-19.

Menurut Perdana Menteri, beliau sedar terdapat cadangan pengeluaran wang akaun satu KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan tersebut.

“Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun satu KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.

“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah’. Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah yang lebih besar di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir, dekat sini, hari ini.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan