25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Muka Syafiq Farhain bengkak angkara tanam rambut

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Foto terbaharu dimuatnaik penyanyi Syafiq Farhain dengan menunjukkan wajahnya bengkak mengundang spekulasi ramai yang mendakwa selebriti itu disengat lebah.

Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, 26, menjelaskan, bengkak itu disebabkan kesan daripada rawatan tanam rambut yang dilakukan beberapa hari lalu.

“Selepas saya muat naik foto tersebut, ramai yang hubungi dan mesej tanya keadaan saya. Ada yang ingat saya kena gigit lebahvdan ada juga yang kata saya buat suntikan vitamin pada wajah.

“Sebenarnya muka saya jadi bengkak sebabkan kesan suntikan bius sebelum proses tanam rambut. Mula-mula saya risau juga bila muka jadi bengkak tapi doktor kata memang normal bengkak beberapa hari.

“Saya memang ada masalah rambut dan setiap rambut mesti akan alami keguguran yang sangat teruk. Jadi, saya ambil langkah awal untuk lakukan proses tanam rambut,” katanya yang dipetik mStar Online.

WAJAH Syafiq Farhain bengkak kerana penyanyi itu melakukan rawatan menanam rambut. Foto mStar Online

Difahamkan selain Syafiq, beberapa selebriti tempatan juga melakukan rawatan menanam rambut antaranya Aliff Aziz, Sharnaaz, PU Riz, Riz Amin, Datuk Seri Aliff Syukri dan Zoey Rahman.

Advertisements

Menurut pelantun lagu Sayang Maafkan Aku itubmemberitahu dia menyimpan hasrat untuk melakukan rawatan rambut sejak tahun lalu namun tidak mempunyai masa yang sesuai.

Katanya apa yang dilakukan itu tidak melanggar hukum Islam dan dia sanggup berhabis duit demi menjaga penampilannya.

“Perancangan untuk tanam rambut ini sejak tahun lalu lagi tapi tak ada masa yang sesuai. Kebetulan sekarang ada masa terluang dan tiada acara hiburan yang perlu saya hadiri, jadi saya ambil keputusan untuk lakukan sekarang.

“Bagi saya, penampilan sangat penting dan tambahan pula, aset lelaki adalah rambut. Saya perlu berhadapan dengan orang ramai dan rambut ini memberi satu keyakinan.

“Jadi, apa salahnya saya berkorban sikit keluarkan duit untuk rambut. Lagipun, rawatan ini tidak haram dan tidak melanggar hukum Islam pun. Mungkin imej terbaharu saya ini juga untuk video muzik saya akan datang,” ujarnya.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan