25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Cemar Sungai Gong, 5 termasuk 4 beradik mengaku tidak bersalah

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Empat lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah kilang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencemarkan Sungai Gong di Rawang yang menyebabkan lebih 1.2 juta isi rumah menghadapi gangguan bekalan air mulai 3 September lalu.

Ho Voon Leong, 59, dan 4 lagi beradik, iaitu Yip Kok Wai, 52, Yip Kok Mun, 58, Yip Kok Kuin, 50, dan Yip Kok Weng, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Syafeera Mohd Said

Memetik Free Malaysia Today, bagi pertuduhan pertama, lima tertuduh itu didakwa dengan niat bersama melakukan khianat menyebabkan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam saluran air yang mengalir ke Sungai Gong, Rawang.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 430 akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, semua tertuduh didakwa dengan niat bersama melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke saluran air yang mengalir ke Sungai Gong, Rawang tanpa lesen.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling.

Baca juga:   DAP yang politikkan isu gangguan bekalan air Selangor
Baca juga:   Pemberian dos vaksin 6.82 juta, lebih 1.7 juta warga emas

Tertuduh boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd di lot 4219, Jalan Batu Arang, Kampung Sungai Dua, Rawang pada 2 hingga 3 September lalu.

Pihak berkuasa menutup kilang di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang yang disyaki melepaskan bahan pelarut ke Sungai Gong sehingga menyebabkan operasi 4 loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa dihentikan sejak 3 Sept lalu. – foto Bernama

Mahkamah tidak membenarkan lima tertuduh diikat jamin dan menetapkan 27 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad, Mohd Ashraf Kamal, Mohd Izhanudin Alias dan Arunjothi, manakala semua tertuduh diwakili peguam M Reza Hassan serta Abdul Rashid Ismail.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin kerana kesalahan dilakukan mereka menjejaskan sebahagian besar penduduk Lembah Klang dan membabitkan kepentingan awam.

Katanya, kilang itu juga lalai dalam pengurusan sisa buangan dan melakukan kesalahan berulang.

Jika mahkamah tidak bersetuju, pendakwaan memohon hakim menetapkan ikat jamin RM2 juta bagi setiap tertuduh untuk dua pertuduhan itu.

Reza bagaimanapun berkata, kejadian terbaru itu bukan kesalahan berulang kerana kesalahan pada Mac lalu hanya membabitkan pelanggaran SOP.

Oleh itu, beliau meminta mahkamah menetapkan ikat jamin RM100,000 bagi setiap tertuduh.

Baca juga:   Pengusaha makanan di rumah digalak berdaftar dengan KKM - KJ
Baca juga:   Biarkan rakyat tentukan kerajaan, bukan ahli politik - Candra

Tambahan, katanya, seorang daripada tertuduh itu mempunyai masalah kesihatan dan lokap sesak membahayakan kesihatan tertuduh, lebih-lebih lagi ketika penularan Covid-19.

Pencemaran bau di Sungai Gong mulai 3 September lalu menyebabkan operasi loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan dan 1.2 juta isi rumah di 1,292 kawasan sekitar Lembah Klang terjejas.

Wartawan

Terkini

2 individu ditangkap gaduh guna rantai besi, parang depan kilang

DUA individu ditangkap polis semalam membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, Kota...

Lagi Artikel Berkaitan