32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Syamel, Ernie Zakri akhirnya ikat tali pertunangan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri mengikat tali pertunangan, hari ini.

Menerusi Instagramnya, Syamel, 27, mengucapkan rasa syukur kerana majlis itu selamat diadakan secara sederhana.

“Alhamdullilah. Terima kasih mendoakan yang baik untuk kami. Semoga dipermudah urusan hingga akhir hayat,” kata pemilik nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu.

Syamel dan Ernie, 28, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, kali pertama berganding dalam program Duo Star anjuran Astro dan muncul juara musim pertama.

Pasangan itu kemudian berduet dalam lagu Aku Cinta dan berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu Ke-32 dan menang Vokal Terbaik.

Syamel yang juga bintang kelahiran Akademi Fantasia 2015 berharap perjalanan yang bermula dengan majlis petunangan yang sederhana bersama kaum keluarga diredai dan diberkati. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan