25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

MN bukan untuk selamatkan jawatan, parti – Khaled

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk setahun lalu bukan bertujuan untuk menyelamatkan kerusi, jawatan atau parti yang sedang berpecah dari dalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, MN adalah wadah penyatuan dan perpaduan orang Melayu supaya kaum tersebut menjadi teras politik nasional yang stabil.

Justeru, tegas beliau, mana-mana parti yang mahu menyertai MN perlu ikhlas dan memahami tujuan sebenar muafakat itu diwujudkan.

“MN ialah wadah penyatuan dan perpaduan orang Melayu supaya orang Melayu menjadi teras politik nasional yang stabil.

“Jangan silap berfikir menyertai MN adalah untuk selamatkan kerusi, jawatan atau parti yang sedang berpecah dari dalam.

“Sebab itu MN ada pengerusi bersama, bukan seorang pengerusi,” katanya menerusi Instagramnya hari ini.

Mohamed Khaled mengulas keputusan Bersatu yang bersetuju untuk bersama-sama UMNO dan Pas serta parti komponen masing-masing dalam MN.

Semalam Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan menyertai MN yang sudah menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN) ia dapat membentuk parti yang besar dan kuat.

Bersatu yang kini berhadapan perpecahan ekoran tindakan bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu dinamakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Berikutan itu, banyak pemimpin Bersatu di pelbagai peringkat bersama ahli-ahlinya meninggalkan parti dipercayai untuk menyertai parti baharu pimpinan Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu.

Baca juga:   Polis lepas 2 tembakan henti lori dipandu secara berbahaya

Malahan kedudukan kerajaan PN juga dikatakan boleh tergugat jika ada di antara Ahli Parlimen Bersatu meninggalkan parti tersebut untuk bersama-sama Mahathir.

Baca juga:   22.5 peratus peminjam PTPTN belum lunas bayaran balik

Pejuang yang sedang menunggu kelulusan pendaftaran dikatakan tidak akan menyokong mana-mana blok di Parlimen, baik PN mahupun Pakatan Harapan (PH), namun dilihat cenderung menolak kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Semalam, menerusi hantaran di Intagram, Khaled berkata, Bersatu boleh menyertai MN tetapi kemasukan parti itu tidak digunakan untuk mendesak UMNO menyertai PN.

Beliau menegaskan, menjadi sebahagian dari MN sangat berbeza dengan menjadi sebahagian dari PN memandangkan tujuan penubuhannya adalah berbeza. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan