31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Tiada peluang bagi pengkhianat parti – Ahmad Zahid

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO tidak akan memberi peluang kepada mereka yang melompat dan mengkhianati parti.

Presiden UMNO itu berkata, sebaliknya beliau amat menyanjung tinggi mereka yang setia dan berdiri teguh di belakang parti sepanjang masa, apatah lagi ketika UMNO menghadapi ujian.

“Saya tegaskan UMNO amat sanjung tinggi mereka yg setia dan berdiri teguh di belakang parti sepanjang masa. Apatah lagi ketika UMNO hadapi ujian.

“Tiada peluang bagi mereka yang melompat dan khianati parti,” katanya dalam ciapan dalam twitternya selepas mengadakan pertemuan dengan empat peringkat UMNO Bahagian Ranau, petang tadi.

Ahmad Zahid sebelum itu melancarkan Skuad Sabil Sabah dan Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) bagi menghadapai Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Baca juga:   Polis tahan seorang lelaki, miliki bahan pornografi kanak-kanak

UMNO Sabah hampir lumpuh apabila sebahagian besar pemimpinnya bertindak meninggalkan parti untuk menyertai parti lawan dan menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Ini termasuk 13 wakil rakyat UMNO negeri diketuai Pengerusi Perhubungan Negerinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menyebabkan BN turut hilang majoriti untuk membentuk kerajaan negeri di Sabah.

Bagaimanapun, parti itu kembali bangkit dan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis pada 18 Januari lalu membuktikan bahawa BN masih mendapat sokongan rakyat negeri itu.

Baca juga:   Polis tahan seorang lelaki, miliki bahan pornografi kanak-kanak

Baru-baru ini beberapa wakil rakyat yang mewakili kerajaan Warisan telah bertindak meninggalkan parti sehingga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehkan PRN dijalankan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang...

Lagi Artikel Berkaitan