30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Insiden tembak dekat White House, ejen USSS ‘selamatkan’ Trump

Mesti Baca

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendedahkan seseorang telah ditembak berhampiran White House selepas beliau dibawa keluar secara tergesa-gesa oleh ejen perkhidmatan rahsia ketika sedang memberikan sidang media, semalam.


BBC melaporkan, Trump kemudiannya memaklumkan, insiden itu sudah berjaya dikawal.


Seorang anggota keselamatan Trump dilihat berjalan menaiki pentas tempat Presiden itu menyampaikan sidang media sebelum berbisik sesuatu kepadanya.


Trump kemudiannya dapat didengar berkata, “Oh!” dan ” Apa yang sedang berlaku”, sebelum meninggalkan sidang media itu.  White House diletakkan di bawah pengawasan ketat semasa insiden berlaku.

Trump kemudiannya kembali semula meneruskan sidang medianya sembilan minit kemudian.

Katanya, beliau percaya Perkhidmatan Rahsia AS (USSS)  telah menembak seorang suspek yang bersenjata daripada apa yang beliau difahamkan.

Menurutnya, seseorang telah dikejarkan ke hospital sejurus insiden itu dan ia satu situasi yang bukan biasa namun beliau memuji langkah USSS.

Advertisements

“Berlaku tembakan di luar White House dan ia nampaknya sudah terkawal.

“Seseorang telah dikejarkan ke hospital namun saya tidak tahu akan keadaannya,” kata Trump.

Sementara itu, USSS dalam ciapannya berkata, perkhidmatan itu boleh mengesahkan seorang pegawainya terlibat dalam insiden tembak Di 17th Street dan Pennsylvania Ave.

Seorang lelaki dan pegawai itu kedua-duanya dikejarkan ke hospital tempatan.

“Pada sebarang masa semasa insiden itu berlaku, kompleks  White House diceroboh atau orang yang dilindungi dalam bahaya,” tambah ciap berkenaan.

Trump memberitahu media,beliau tidak tahu jika suspek itu mempunyai niat buruk terhadapnya.

“Ia mungkin tiada kaitan dengan saya,” tambah Trump.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan