22.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 14, 2025

Asri Janggut saksi, bukan suspek – Ketua Polis Selangor

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis tidak akan mengambil keterangan pemilik dan pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut berhubung dakwaan yang dibuatnya mengenai kegiatan premis perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, Asri adalah pemberi maklumat bukannya suspek yang memerlukan pihak polis memanggilnya.

NOOR AZAM JAMALUDIN

“Saya telah arahkan polis Sungai Buloh tidak memanggil dia (Asri) kerana dia adalah pemberi maklumat. Bagi saya, sesiapa yang hendak buat laporan pun buatlah. Dia bukan orang kena tuduh mahu pun suspek, kita kena layan dia sebagai pemberi maklumat.

“Tapi sayang, dia telah mendedahkan dirinya sebagai pemberi maklumat dan sepatutnya pemberi maklumat ini tidak mendedahkan dirinya dan sepatutnya usah mendedahkan identiti,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Noor Azam berkata, pemberi maklumat adalah sulit kerana sekiranya terdedah ia boleh mengundang masalah.

Advertisements

Selain itu, beliau turut meminta orang awam yang ada maklumat berkenaan salah laku pegawai atau anggotanya agar salurkan kepada pihaknya dengan bukti yang jelas untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, sekiranya ia berkaitan dengan rasuah, boleh laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Video dimuat naik Asri di Facebook tular Sabtu lalu apabila mendakwa terdapat premis perjudian dan aktiviti haram di sekitar kawasan perindustrian Sungai Buloh yang tidak diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa.

Lelaki itu bertindak demikian selepas tidak berpuas hati beberapa gerai yang menjual burger pada waktu malam disita oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedangkan, beberapa kedai haram milik warga asing dan kedai perjudian dibiarkan beroperasi tanpa tindakan.

Advertisements

Terkini

93,625 duduki ujian masuk MRSM, untuk isi 8,909 tempat 

SERAMAI 93,625 pelajar telah menduduki Ujian Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (UKKM) untuk mengisi 8,909 tempat bagi pengambilan...

Lagi Artikel Berkaitan