26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Guan Eng jadilah ‘anak jantan’ – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersikap seperti ‘anak jantan’ semasa berdepan pertuduhan ke atasnya di mahkamah tanpa menyalahkan pihak lain termasuk beliau.

Menurut bekas perdana menteri itu, beliau ditahan bukan sekali tetapi dua kali dan SPRM ketika itu berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

“Adakah anda fikir kompleks SPRM itu sebuah hotel untuk saya bermalam dengan selesa atau adakah SPRM di bawah kerajaan PH anda akan memberikan saya keistimewaan?

“Jadilah ‘anak jantan’. Hadapi tuduhan di mahkamah seperti seorang lelaki sejati dan bukan menyalahkan saya, salahkan kerajaan Perikatan Nasional atau sesiapa sahaja,” katanya yang dipetik Malaysiakini.

Bekas perdana menteri itu mengulas dakwaan Guan Eng yang mendakwa SPRM bersikap pilih kasih dalam layanan badan terbabit terhadap ahli Parlimen Bagan berbanding layanan diterima Najib.

Najib membuat perbandingan, SPRM menahannya sebanyak dua kali untuk semalaman sekali bagi kes SRC pada bulan Julai 2018 dan sekali lagi untuk kes 1MDB pada bulan September 2018, tidak seperti Guan Eng.

Bukan itu sahaja katanya, isteri beliau juga perlu bermalam di SPRM tidak seperti isteri anda yang dibenarkan pulang.

Advertisements

Bagaimanapun, Najib tidak menyebutkan sekiranya beliau telah menghabiskan dua malam di lokap atau jika dirinya dikenakan memakai pakaian tahanan SPRM berwarna jingga seperti Lim.

Pada hujung minggu lalu, bekas perdana menteri itu berkata beliau menghabiskan masa di lokap tetapi sebuah video dari 2018 menunjukkan Najib memberitahu media sebaliknya.

Guan Eng yang ditahan pada malam Khamis mendakwa, beliau tidur di lantai kayu lokap tanpa bantal atau tilam tidak seperti Najib dan menggesa SPRM untuk menjelaskan layanan yang disifatkannya sebagai pilih kasih ini.

Bagaimanapun Najib menegaskan, beliau tidak mempunyai peluang yang sama dengan pemimpin DAP itu kerana dapat menangguhkan waktu untuk pergi ke ibu pejabat SPRM dari pukul 3 petang ke 9.30 malam.

“Mungkin jika anda pergi pada pukul 3 petang dan menyelesaikan prosedurnya, SPRM tidak perlu menahan anda?

“Dan tidak seperti anda yang bernasib baik kerana mempunyai seorang peguam negara yang mengaku sendiri yang beliau merupakan lantikan politik untuk menggugurkan kes-kes anda. Ini walaupun terdapat ramai saksi yang sudah memberi keterangan di mahkamah.

“Sementara itu, saya pula tidak memiliki peguam negara yang mesra untuk menggugurkan kes-kes terhadap saya dan saya bersedia untuk melalui keseluruhan proses perundangan termasuklah proses rayuan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan