28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Cucu Mahathir ‘malu sendiri’ persoal sumber kekayaan TMJ

Mesti Baca

TINDAKAN cucu Tun Dr Mahathir Mohamad, Melia Serena Mukhriz mempersoalkan kekayaan kesultanan Johor akhirnya memalukan diri sendiri apabila kenyataannya ditempelak oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ia bermula apabila TMJ menerusi Instastory menegur pihak-pihak tertentu yang masih gila kuasa padahal semuanya sudah kaya-raya, yang dipercayai ditujukan kepada Dr Mahathir sejurus bekas Perdana Menteri itu menubuhkan satu lagi parti baharu.

Gaya hidup mewah Melia Serena Mukhriz pernah disiarkan akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 12 November 2017.

Menerusi akaun Intagram, baginda menasihati agar pihak berkenaan memberi tumpuan kepada kestabilan negara untuk memperbaiki ekonomi agar dapat membantu dan mengurangkan beban rakyat.

Kenyataan TMJ itu dibalas oleh bekas pembantu Dr Mahathir, Adam Mukriz Mohd Muhayeddin menerusi twitternya (@adammukhrizmy) dengan berkata: “So ironi, cakap pasal rakyat susah tapi tayang bawa kereta berjuta” dengan disertakan rakaman video TMJ sedang memandu sebuah kereta sport mewah.

Ciapan Adam Mukhriz itu disahut oleh TMJ dengan menjelaskan bahawa kereta tersebut dibeli daripada hasil wang sendiri, bukan wang rakyat.

“Beli pakai duit sendiri. Bukan ambik duit rakyat macam your boss. What atau how much your boss bagi sumbangan kepada rakyat selama ini kalau nak dibandingkan dengan sumbangan keluarga diraja Johor kepada rakyat?” titah baginda.

Mungkin tidak berpuas hati apabila Adam Mukriz ditempelak TMJ, Melia Serena menerusi twitternya (@serenamukh) tampil membalas ciapan tersebut dengan mempersoalkan sumber kewangan baginda.

Where did u get ur money boss.”

TMJ kemudian menjelaskan bahawa ia adalah berkat usaha keluarga baginda yang sudah menjalankan perniagaan sejak tahun 1885 lagi.

Malah baginda juga berkongsi laporan berita tentang sumbangan sebuah kapal terbang oleh kesultanan Johor kepada kerajaan British sebelum lahirnya Dr Mahathir.

Now may I know your family became so rich? Just a? because I dream of being as rich as your family. I hope they would be so kind to teach.

Mungkin kerana malu dengan diri sendiri dan tidak mampu menjawab pertanyaan TMJ, akhirnya Serena hanya menyalahkan tentera siber.

Cyber troopers at it again,” ciapnya.

Pertanyaan TMJ tentang kekayaan keluarga Serena, cucu kepada Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh dan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah itu turut diulangi oleh kalangan netizen.

Mereka juga rata-rata mahu mengetahui rahsia kejayaan Dr Mahathir mendidik anak-anak sehingga mereka bergelar jutawan dan salah seorang daripadanya tersenarai antara 10 individu terkaya di Malaysia. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan