29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kalimah Allah: Titah Agong, Tunku Ismail amat bermakna – Akmal

Mesti Baca

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia menjunjung kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim yang menggesa tindakan tegas diambil berhubung isu kalimah Allah dan memastikannya tidak berulang.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, dikala keadaan berada dalam kecelaruan, rakyat khususnya umat Islam berdukacita atas insiden membabitkan penjualan stoking dengan kalimah Allah.

“Patik dan kepimpinan (Pemuda UMNO) bersetuju bahawa isu ini tidak boleh dipandang remeh dan tindakan tegas perlu diambil.

“Oleh demikian, titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Mahkota amat bermakna dan penting kepada usaha memelihara kesucian, keharmonianan serta penghormatan kepada agama rasmi tanah air,” katanya dalam kenyataan hari.

Sehubungan itu, beliau mendoakan agar Seri Paduka Baginda dan Tunku Mahkota sekeluarga sentiasa dirahmati Allah SWT serta rakyat di bawah naungan baginda.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Seri Paduka Baginda bertitah, sewaktu berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen bulan lalu, baginda mengingatkan semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja-Raja.

Justeru, Seri Paduka Baginda bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

Sementara itu Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim pula menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas berhubung isu penjualan stoking dengan kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka baru-baru ini.

Advertisements

Titah baginda, isu tersebut tidak boleh dipandang remeh kerana kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

Baru-baru ini sebuah kedai rangkaian serbaneka terkenal, KK Mart didapati telah menjual stoking tertera kalimah Allah di salah satu premisnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini dan gerakan untuk memboikot rangkaian kedai serbaneka tersebut telah dilakukan.

Ekoran itu, pengasas yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai dalam satu sidang media menangis dan merayu orang ramai agar tidak memboikot rangkaian kedai serbanekanya ekoran isu stoking kalimah Allah.

Chai berkata, beliau sedia berjumpa dengan pihak-pihak berkenaan termasuk Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh bagi menjelaskan perkara tersebut.

Beliau menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang tidak dijangkakan oleh pihaknya.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan