26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Polis serbu kilang stoking kalimah Allah, hanya jumpa 5 pasang

Mesti Baca

POLIS Johor menyerbu dan memeriksa sebuah kilang di Taman Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat yang dipercayai mengeluarkan stoking dengan kalimah Allah hari ini.

Ketua Polis Johor, CP M Kumar berkata, serbuan diketuai oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat bersama 40 pegawai dan anggota kira-kira pukul 9 pagi.

Beliau berkata, dalam serbuah tersebut pihak polis merampas lima pasang stoking yang mempunyai kalimah Allah di kilang tersebut.

“Hasil siasatan mendapati pengurus kilang mendakwa telah membeli stoking tersebut dari sebuah syarikat di negara China,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298A/505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisements

“PDRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Kumar berkata, Polis Johor menerima 11 laporan berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di seluruh negeri itu.

Beliau berkata, kes tersebut kini di bawah pemantauan dan siasatan polis Bukit Aman.

“Saya mengambil kesempatan ini menasihati semua orang supya tidak mengambil tindakan menyertai sebarang perkumpulan untuk penyerahan memorandum dan pihak kilang telah menerima memorandum tersebut,” katanya seperti dilapor media. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan